Melalui portal pembelajaran online i-Learning.asia (dahulunya ScoreA.com), potensi pelajar akan didedahkan dan digilap melalui konsep hebat Pembelajaran Output & Input yang meliputi 8 kandungan utamanya.
Pembelajaran Output & Input bertujuan untuk memberi persediaan rapi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Skill dan strategi menjawab yang terbaik dalam masa yang mencukupi akan digilap kepada pelajar melalui kaedah ini. Dalam pada masa yang sama, sistem ini disediakan khas untuk ibubapa memantau aktiviti dan prestasi anak mereka pada bila-bila masa. Sistem ini telah terbukti berkesan kepada ramai pelajar yang berjaya merangkul keputusan yang cemerlang sebelum ini.
i-Learning.asia mengandungi 8 kandungan utama :-
- i-Topic
- i-Assessment
- i-Trial Exam
- i-Past Year
- i-Progress
- i-Report Card
- i-PT3
- i-Teacher (Pembelajaran Input)
i-TOPIC
i-Topik terdiri dari soalan-soalan objektif yang dibangunkan khusus dan sesuai dengan sesuatu topik. Ini bertujuan untuk menguji kefahaman para pelajar terhadap bahan pembelajaran yang berkaitan dengan topik. Dalam masa yang sama, i-Topik juga untuk memberi pengukuhan terhadap konsep-konsep di dalam topik tersebut melalui maklum balas dan skor yang disediakan. Bilangan soalan untuk i-Topik yang disediakan adalah menyeluruh dan amat mencukupi untuk sesuatu topik.

i-ASSESSMENT
i-Assessment terdiri dari soalan-soalan pilihan yang dirancang khusus untuk sesuatu mata pelajaran tertentu. Ini bertujuan untuk mengukur tahap pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam mata pelajaran tersebut dan yang membolehkan pelajar membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolah. Untuk setiap log-in, pelajar melihat rangkaian soalan yang berlainan yang diajukan kepada mereka. Pada i-Assesment ini, pelajar hanya boleh naik ke peringkat berikutnya jika mereka telah mencapai nilai 80% atau lebih tinggi. Dengan cara ini, pelajar akan dinilai secara teliti dan tepat bersesuaian dengan tahap pemahaman mereka. Dalam beberapa mata pelajaran, disediakan juga perbincangan tentang skema penyelesaian soalan tersebut.

i-TRIAL
i-Trial menyediakan pelbagai set model soalan yang menyerupai peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM yang sebenarnya. Format dan kualiti soalan ini seakan-akan serupa dengan peperiksaan sebenar. Dengan cara ini, pelajar memperoleh kepercayaan diri dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang di dalam peperiksaan.

i-PAST YEAR
i-Past Year terdiri dari soalan-soalan peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM dari tahun 1994-2014 (bergantung pada subjek). i-Past Year akan selalu diperbaharui setiap kali peperiksaan – peperiksaan ini selesai. Terdapat sebuah masa diberikan ketika pelajar memulai menjawab soalan di dalam i-Past Year. Dengan cara ini, pelajar akan dapat mendisiplinkan masa dan merasai situasi sebenar peperiksaan. Pengalaman ini amat berharga dalam persiapan mereka menghadapi peperiksaan sebenar.

i-PROGRESS
i-Progress membolehkan ibubapa untuk memantau kemajuan pembelajaran anak mereka dari semasa ke semasa. Setelah log-in ke dalam sistem, ibubapa dapat melihat skor prestasi yang telah diperoleh ketika anak melakukan semua aktiviti dalam sistem pembelajaran output. Dari laporan prestasi anak-anak ini, ibubapa dapat melakukan intervensi yang diperlukan dalam meningkatkan kecemerlangan dan prestasi anak-anak dalam pembelajaran.

i-REPORT CARD
i-Report card adalah sistem laporan yang memberikan maklumat secara terperinci tentang semua kegiatan yang telah dilakukan anak mereka. Laporan ini termasuk skor dan tempoh waktu yang diperlukan oleh anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.
