Skip to main content

FAQ

Frequently Asked Questions (FAQ)

 

1.Apa itu Skor A (i-Learning)?

i-Learning merupakan laman portal pembelajaran online terunggul di Malaysia yang di khaskan untuk murid & pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 & tingkatan 5. Ia mengandungi beribu bank soalan terpilih, nota interaktif, gambar rajah dan peta minda yang terbahagi kepada Input Learning (Pembelajaran Input) dan Output Learning (Pembelajaran Output).

 

1.Apa itu Input Learning?

Input learning ialah proses pembelajaran yang bertujuan untuk memperolehi maklumat/pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan dengan sesuatu topik. Pelbagai alat pembelajaran yang berasaskan ICT disediakan di dalam input learning yang bertujuan untuk memudahkan pelajar memperolehi dan memahami sesuatu maklumat/pengetahuan/kemahiran dengan  menjalankan aktiviti  yang disediakan. Pelajar  digalakkan untuk terlebih dahulu mempelajari topik di dalam Input Learning  sebelum mengikuti pembelajaran yang sama di sekolah. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memahami subjek yang dibincangkan oleh guru di sekolah dengan lebih berkesan.

 

2. Apakah Output Learning?

Output learning adalah satu proses pembelajaran yang menyediakan kemahiran kepada pelajar untuk memperolehi kecemerlangan dalam sebarang bentuk  ujian dan peperiksaan. Latih tubi yang disediakan menyerupai ujian atau peperiksaan sebenar  dan skor  yang disediakan di dalam sistem pula memberikan petunjuk tentang ketersediaan pelajar samada mereka sudah bersedia  untuk menghadapi peperiksaan atau sebaliknya.

 

3. Adakah silibus dalam i-Learning sama dengan silibus di sekolah?

Ya, silibus yang disediakan didalam i-Learning mematuhi silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Justeru, bahan yang diajar di sekolah disediakan juga di dalam i-Learning.

 

4. Adakah  anak saya memerlukan tuisyen lagi apabila sudah melanggan i-Learning?

Ibubapa tidak perlu lagi menghantar anak ke pusat tuisyen apabila sudah melanggan i-Learning. Bagaimanapun, ibubapa perlu melihat iReport Card untuk memantau aktiviti yang telah dijalankan oleh anak mereka.

 

5. Bagaimana ibubapa memantau aktiviti yang telah dilakukan oleh anaknya di dalam i-Learning?

i-Learning menyediakan i-Report Card yang membolehkan ibubapa memantau aktiviti dan juga pekembangan pembelajaran mereka.

 

6. Bagaimana Untuk Saya Mencuba Produk Demo?

  1. Pergi ke www.i-learning.asia
  2. Klik ‘Online Demo’
  3. Masukkan Demo ID
  4. Demo ID boleh diperolehi daripada pengedar. Hubungi 017-8395558 (Hotline Agent).

 

7. Bagaimana untuk saya mendaftar dan menggunakan produk i-Learning ini?

Pendaftaran amat mudah dan dilakukan secara Online sahaja. Cara-caranya :-

  1. Pilih mana-mana produk pilihan anda di sini
  2. Selepas Checkout, buat bayaran dan isikan maklumat yang diperlukan
  3. Link dan Activation Code akan di-emelkan kepada anda untuk mengaktifkan produk
  4. Anda sudah boleh belajar Online dengan i-learning

 

8. Apakah kaedah bayaran yang disediakan?

Bayaran boleh dibuat melalui Bank In, Internet Transfer, Kad Debit/Kredit & Paypal

 

9. Bolehkah saya mendaftar lebih dari seorang anak?

Boleh.

 

10. Berapa lamakah langganan minima? Bolehkah saya mendaftar kurang dari tempoh masa tersebut?

6 bulan. Tidak boleh.

 

11. Berapa lamakah langganan maksima? 

Tiada had.

 

12. Perlukah saya menunggu pada tarikh tertentu (hujung atau awal bulan) untuk mendaftar? 

Tidak perlu. i-Learning boleh didaftar pada bila-bila masa. Tiada ketetapan penggunaan kerana sekiranya anda mendaftar pada hari ini, tarikh luput anda akan dikira mulai hari ini juga sehingga 6 atau 12 bulan seterusnya mengikut pakej yang anda langgan.

 

13. Setelah tamat tempoh langganan tamat, bolehkah saya sambung penggunaan produk i-Learning?

Boleh, dengan syarat anda membeli topup di sini

 

14. Adakah saya boleh sambung menggunakan i-Learning ini sekiranya tidak topup?

Tidak boleh. Dan sekiranya anda tidak topup dalam masa setahun, akaun anda akan dilupuskan.