Sale!

i-LEARN Ace Student 365 Hari (Darjah 4-Tingkatan 5)

Original price was: RM398.00.Current price is: RM385.00.

SKU: s365 Category:

Description

I-LEARN ACE

i-LEARN Ace ialah platform pembelajaran digital bersepadu yang mengandungi bahan pembelajaran berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Platform pelbagai ciri ini dibina untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh disesuaikan, interaktif, menarik dan mudah alih untuk pelajar, guru dan ibu bapa.

Platform ini menggabungkan kesemua aspek penting dalam proses revisi pelajar, membolehkan pelajar menelaah pelbagai topik, membuat latih tubi, membuat nota dan peta minda, berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru-guru, serta banyak lagi. Semuanya ini boleh dilakukan dengan menggunakan platform yang sama.

i-LEARN Ace juga dilengkapi dengan aplikasi mudah alih percuma yang membolehkan pengguna mengakses ciri-ciri istimewanya di mana-mana dan pada bila-bila masa walaupun ketika luar talian (offline) – hal ini benar-benar menjadikannya platform M-Learning (Mobile Learning).

SILIBUS :

CIRI UTAMA :

  • 100% berdasarkan silibus KSSR / KSSM / KBSM
  • Menawarkan pelbagai subjek
  • Menerapkan konsep i-THINK, KBAT, dan PBS
  • Mod dalam talian (online) dan luar talian (offline)
  • Menghubungkan pelajar, guru, dan ibu bapa dengan menggunakan satu platform

CIRI:

  • Nota
    • Nota dan fakta akademik yang komprehensif dan terperinci
    • Dilengkapi fungsi carian yang mesra pengguna
    • Berdasarkan silibus dan topik dalam buku teks
    • Kuiz kilat untuk menguatkan memori
    • Nota tempelan untuk memuatkan klip video, animasi, foto dan nota peribadi
  • Peta Minda
    • Peta minda yang unik reka ciptanya, dilengkapi teks, bentuk serta warna
    • Menyokong pelbagai format fail seperti imej, audio, video, dan animasi
    • Dapat berkongsi peta minda hasil ciptaan sendiri dengan rakan i-LEARN Ace
  • Penilaian
    • Sistem penilaian kendiri yang lengkap dengan Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Pentaksiran Sekolah (PS), Ujian Lisan, dan Kertas Ujian
    • Soalan-soalan yang berteraskan kemahiran dalam standard pembelajaran terkini dan berorientasikan Pentaksiran Pusat (PP)
    • Jawapan dijanakan secara automatik
    • Membantu murid meningkatkan teknik menjawab soalan dan sebagai persiapan dalam menghadapi peperiksaan
  • Kemajuan
    • Laporan prestasi yang jelas dan komprehensif
    • Merekodkan laporan-laporan yang terdahulu secara automatik dan ditapis mengikut tarikh dan masa
    • Kelemahan pelajar dapat dikenal pasti dan tindakan diambil untuk meningkatkan Gred Purata Individu (GPI) secara progresif
  • Ganjaran
    • Permainan dalam talian untuk mengembangkan daya kreativiti pelajar
    • Token permainan akan diberikan setelah pelajar menyiapkan latih tubi
  • Kamus
    • Kamus elektronik dalam talian yang terkini
    • Kamus Dwibahasa
    • Kira-kira 15 000 entri utama Bahasa Melayu – English
    • Kira-kira 35 000 entri utama English – Bahasa Melayu
    • Kamus Tribahasa
    • Kira-kira 30 000 entri English
    • Makna kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina
    • Kamus Bahasa Cina
    • Kira-kira 75 000 perbendaharaan kata, frasa dan peribahasa Cina
  • Video pengajaran
    • Video pengajaran dilaksanakan oleh pakar yang berwibawa
    • Kaedah efektif untuk menjawab soalan-soalan yang popular dalam peperiksaan
    • Hanya untuk pakej tertentu
  • Aplikasi Mudah Alih
    • Nota dan praktis dapat diakses secara dalam talian serta tanpa sambungan internet
    • Data serta rekod di akaun pengguna akan diselaraskan dan dikemaskinikan apabila mendapat akses internet
  • Tugasan
    • Guru dapat menyediakan dan menghantar tugasan latih tubi kepada murid dengan mudah tanpa mengira masa dan tempat
    • Laporan dan rekod dapat menganalisis prestasi kelas dengan mudah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap kelas