PEMBELAJARAN INPUT (NOTA MENARIK, RINGKAS & PADAT)
Melalui Pembelajaran Input (iTeacher), pelajar akan didedahkan dengan nota menarik yang komprehensif, ringkas dan padat. Selain itu, contoh soalan, cara menjawab dan jalan kira juga akan turut disediakan bagi memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran. Bahan pembelajarannya disesuaikan dengan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat gambar yang penuh warna, grafik dan ilustrasi yang membuat pembelajaran menarik dan menyeronokkan. Atara features yang terdapat di dalam iTeacher ialah nota menarik, powerpoint slide, animasi bervideo, kuiz topikal, pembelajaran interaktif dan kamus DBP.

Contoh 1: Nota-nota komprehensif yang menarik, ringkas & padat

Contoh 2 : Jalan kira yang disediakan bagi soalan subjektif

Contoh 3 : Cara menjawab yang mudah difahami
POWERPOINT SLIDE
Power point presentation disediakan sebagai penyampaian rumusan untuk topik yang dibincangkan dalam sesuatu bab tersebut. Persembahan ini memberikan pelajar pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi untuk mencapai objektif pembelajaran. Fungsinya adalah sama dengan penyampaian guru di dalam kelas. Berbeza dengan pengajaran di kelas konvensional, persembahan ini boleh diulang sebanyak yang mungkin sehingga pelajar betul-betul faham tentang konsep-konsep yang dipelajari.
Sebanyak 886 power point presentation disediakan dan secara purata setiap persembahan mengandungi sebanyak 10-15 “slides” dengan tempoh pembentangan antara 20 minit – 30 minit.

Contoh 4 : Powerpoint Presentation dengan suara guru seolah-olah berada didalam kelas

Contoh 5 : Cara menjawab step by step yang menarik
ANIMASI BERVIDEO
Animasi bervideo dibangunkan khusus sebagai objek pembelajaran yang efektif untuk bahan mata pelajaran sains. Pelajar boleh berinteraksi dengan objek pembelajaran, melihat dan mengawal sesuatu proses yang berlaku dengan pelbagai parameter yang boleh dikawal sendiri oleh pelajar. Link juga disediakan untuk membawa pelajar ke objek pembelajaran yang lain yang telah dipilih sesuai untuk topik yang dibincangkan. Dengan cara ini, pelajar mendapat akses ke animasi tambahan untuk memperkukuhkan kefahaman mereka.

Contoh 6 : Animasi bervideo yang boleh dikawal sendiri
KUIZ TOPIKAL
Kuiz disediakan sebagai self-assessment dengan maklum balas yang automatik. Ia mengandungi sejumlah besar soalan berserta skor dan maklum balas yang sesuai tentang cara bagaimana untuk mendapatkan penyelesaian. Maklumbalas ini juga menonjolkan kesalahan yang sering dibuat oleh pelajar dan menyediakan mereka dengan panduan tentang cara untuk memperolehi penyelesaian yang betul dan tepat. Had masa juga diberikan supaya pelajar dilatih menggunakan masa menjawab yang optimum.

Contoh 7 : Kuiz topikal yang disediakan dengan skema jawapan dan had masa menjawab
PEMBELAJARAN INTERAKTIF
Untuk sesetengah mata pelajaran, terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berinteraktif disediakan. Ini termasuk aktiviti seperti drag and drop, matching, word bank, flip book, hot spot dan lain-lain. Semua aktiviti ini memberikan pengalaman belajar yang baru kepada pelajar dan mampu meningkatka nkefahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.

Contoh 8 : Aktiviti berinteraktif yang merangsang minda pelajar
KAMUS DBP ONLINE
Pelajar tidak perlu lagi risau untuk membelek kamus apabila iLearning menyediakan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secara online di dalam portalnya. Kamus ini mengandungi carian berkaitan Istilah, Ensiklopedia, Peribahasa, Puisi dan macam-macam lagi. Masa belajar bukan sahaja dapat disingkatkan malah dapat menaikkan semangat belajar apabila carian istilah yang mereka tidak faham dapat dicari dengan begitu mudah.

Contoh 9 : Kamus DBP mebuatkan carian maksud sesuatu istilah lebih mudah & cepat
Pengajaran dalam bahasa malaysia atau inglish?
Tuan/puan, ada dua-dua bahasa Malaysia dan English. Terima Kasih
Sangat menarik. Saya dah cuba. i-Learning memang terbaik!
Tuan Mohd,
Terima kasih diatas maklum balas 🙂
kalau saya daftar sekarang,boleh je kan..walaupun waktu persekolahan dah habis.
Tuan, Ya boleh sahaja daftar. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun.
Terima kasih
macam mana nak i teacher tu??
Puan, i-Teacher memang akan dapat sekali dengan mana-mana pakej.
Terima kasih
Macam mana dengan sekolah sjkt pulak…e-learning boleh kah…
Tuan/Puan, ya boleh.
Saya nak untuk tingkatan 1 sahaja. Tapi pakej untuk tingkatan 1 hingga 3.
Macam mana beli pakej untuk tingkatan 1 sahaja.
Tuan/Puan, selepas pembelian pakej PT3, kami akan berikan borang dan boleh pilih silibus Tingkatan 1. Terima kasih
Pakej ilearning upsr 2019 skop soalan dan nota dari tahun berapa ye…. 1-6 atau 4-6…
Puan, skop soalan berdasarkan darjah semasa anak.
Sekiranya Darjah 6, skop soalan akan dapat dari Darjah 4-6.
Dan sekiranya Darjah 3, skop soalan akan dapat dari Darjah 1-3.
Terima kasih
Anak saya bersekolah asrama…masa cuti je boleh buat. Bagaimana ye
Puan Fida,
Boleh guna jika di sekolah ada makmal komputer dan sebagainya