Skip to main content

i-Learning : Mematuhi Silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

MEMATUHI SILIBUS KPM

Bahan yang disediakan adalah untuk murid-murid daripada Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5. Bahan dan aktiviti pembelajaran mengikuti silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada peringkat awal, kandungan yang disediakan mematuhi silibus KBSR dan KBSM. Kini di samping silibus tersebut, bahan kandungan juga dibangunkan mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengikut tahun perlaksanaannya. Oleh sebab itu, pelajar mendapat kesempatan untuk mengakses bahan pembelajaran dan aktiviti dari kedua-dua silibus pembelajaran.

Untuk pengajaran Sains dan Matematik, silibus Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) kedua-duanya telah dimasukkan di dalam sistem.

 

TAHAP PERSEKOLAHAN

Bahan yang disediakan merangkumi hampir semua jenis pendidikan sekolah di Malaysia seperti berikut:

  • Darjah 1 – Darjah 6:
    Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SRJK(C)
  • Tingkatan 1 – Tingkatan 3:
    Sekolah Kebangsaan (Menengah Rendah)
  • Tingkatan 4 – Tingkatan 5:
    Sekolah Kebangsaan (Menengah Atas)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *