Skip to main content

i-Learning.asia – Moden, Interaktif & Menyeronokkan

Melalui portal pembelajaran online i-Learning.asia (dahulunya ScoreA.com), potensi pelajar akan didedahkan dan digilap melalui konsep hebat Pembelajaran Output & Input yang meliputi 8 kandungan utamanya.

Pembelajaran Output & Input bertujuan untuk memberi persediaan rapi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Skill dan strategi menjawab yang terbaik dalam masa yang mencukupi akan digilap kepada pelajar melalui kaedah ini. Dalam pada masa yang sama, sistem ini disediakan khas untuk ibubapa memantau aktiviti dan prestasi anak mereka pada bila-bila masa. Sistem ini telah terbukti berkesan kepada ramai pelajar yang berjaya merangkul keputusan yang cemerlang sebelum ini.

i-Learning.asia mengandungi 8 kandungan utama :-

  1. i-Topic
  2. i-Assessment
  3. i-Trial Exam
  4. i-Past Year
  5. i-Progress
  6. i-Report Card
  7. i-PT3
  8. i-Teacher (Pembelajaran Input)

 

i-TOPIC

bee-topici-Topik terdiri dari soalan-soalan objektif  yang dibangunkan  khusus dan sesuai dengan sesuatu topik. Ini bertujuan untuk menguji kefahaman para pelajar  terhadap bahan pembelajaran yang berkaitan dengan topik. Dalam masa yang sama, i-Topik juga untuk memberi  pengukuhan terhadap konsep-konsep di dalam topik tersebut melalui maklum balas dan skor yang disediakan. Bilangan soalan untuk i-Topik yang disediakan adalah menyeluruh dan amat mencukupi  untuk sesuatu topik.

Mengandungi soalan-soalan terpilih setiap topik. Sama seperti silibus di sekolah

 

i-ASSESSMENT
bee-assesmenti-Assessment terdiri dari soalan-soalan pilihan yang dirancang khusus untuk sesuatu mata pelajaran tertentu. Ini bertujuan untuk mengukur tahap pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam mata pelajaran tersebut dan yang membolehkan pelajar membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolah. Untuk setiap log-in, pelajar melihat rangkaian soalan yang berlainan yang diajukan kepada mereka. Pada i-Assesment ini, pelajar hanya boleh naik ke peringkat berikutnya jika mereka telah mencapai nilai 80% atau lebih tinggi. Dengan cara ini, pelajar akan dinilai secara teliti dan tepat bersesuaian dengan tahap pemahaman mereka. Dalam beberapa mata pelajaran, disediakan juga perbincangan tentang skema penyelesaian soalan tersebut.

Keputusan segera setelah selesai menjawab. Maklumat terperinci akan dipaparkan seperti markah, masa yang diambil dan soalan-soalan yang salah dijawab

i-TRIAL
iteacher-triali-Trial menyediakan pelbagai set model soalan yang menyerupai peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM yang sebenarnya. Format dan kualiti soalan ini seakan-akan serupa dengan peperiksaan sebenar. Dengan cara ini, pelajar memperoleh kepercayaan diri dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang di dalam peperiksaan.

Soalan peperiksaan sebenar dengan Countdown Timer(melatih pelajar menjawab dalam masa yang ditetapkan)

 

i-PAST YEAR
bee-past-yeari-Past Year terdiri dari soalan-soalan peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM dari tahun 1994-2014 (bergantung pada subjek). i-Past Year akan selalu diperbaharui setiap kali peperiksaan – peperiksaan ini selesai. Terdapat sebuah masa diberikan ketika pelajar memulai menjawab soalan di dalam i-Past Year. Dengan cara ini, pelajar akan dapat mendisiplinkan masa dan merasai situasi sebenar peperiksaan. Pengalaman ini amat berharga dalam persiapan mereka menghadapi peperiksaan sebenar.

Soalan persediaan untuk peperiksaan sebenar juga dengan Countdown Timer

i-PROGRESS
bee-progressi-Progress membolehkan ibubapa untuk memantau kemajuan pembelajaran anak mereka dari semasa ke semasa. Setelah log-in ke dalam sistem, ibubapa dapat melihat skor prestasi yang telah diperoleh ketika anak melakukan semua aktiviti dalam sistem pembelajaran output. Dari laporan prestasi anak-anak ini, ibubapa dapat melakukan intervensi yang diperlukan dalam meningkatkan kecemerlangan dan prestasi anak-anak dalam pembelajaran.

Ibubapa akan dapat keputusan terperinci anak mereka. Boleh kenalpasti kelemahan anak

i-REPORT CARD
bee-reporti-Report card adalah sistem laporan yang memberikan maklumat secara terperinci tentang semua kegiatan yang telah dilakukan anak mereka. Laporan ini termasuk skor dan tempoh waktu yang diperlukan oleh anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

 

Report Card terperinci yang terkini akan dapat dilihat pelajar & ibubapa pada bila-bila masa 24 jam sehari

 

i-Learning : 18 Tahun Pengalaman Melahirkan Pelajar Cemerlang

Apakah itu i-Learning?

Produk Pendidikan i-Learning adalah produk pendidikan yang paling terkemuka di Malaysia dalam membantu pelajar memperolehi semua ‘A’ di dalam peperiksaan. Produk ini bermula dengan Score A Program yang telah dibangunkan dan dipasarkan oleh Kenshido International Sdn Bhd pada tahun 1999.

Pada tahun 2010, Score A telah bergabung dengan produk i-Learning yang dibangunkan oleh Prof Dr Hanafi Atan daripada Universiti Sains Malaysia(USM) dan dipasarkan dengan jenama i-Learning. Produk ini menyediakan input learning (bahan dan aktiviti pembelajaran) dan output learning (aktiviti pengukuhan dan persiapan menghadapi peperiksaan) yang menggunakan teknologi ICT terkini. Semenjak berada di pasaran daripada tahun 1999, produk ini telah terbukti membantu menghasilkan ribuan pelajar memperolehi semua ‘A’ di dalam peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM.

Bagaimana i-Learning Boleh Membantu Pelajar?

PELAJAR ABAD KE-21
Pelajar abad ke-21 mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Belajar dengan sendiri
  2. Bersosialisasi dengan pelbagai device/gadjet tanpa batasan masa dan ruang
  3. Berfikiran kritis
  4. Mampu mendapatkan pengetahuan dengan pantas
  5. Mudah beradaptasi
  6.  Effective collaborator

Produk pendidikan i-Learning sangat sesuai dengan ciri-ciri pelajar abad ke-21. Justeru pembelajaran akan menyeronokkan kerana alat pembelajaran amat sesuai dengan ciri-ciri mereka.

 

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Di samping kemahiran dalam bidang mata pelajaran dan akademik, para pelajar masa kini perlu mempunyai kemahiran abad ke-21. Kemahiran ini amat perlu bagi anak-anak kita berdepan dengan cabaran masa hadapan.

i-Learning melatih pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran ini. Alat-alat pembelajaran yang disedakan di dalam i-Learning memupuk kemahiran yang diperlukan seperti berfikiran kritis, kreatif, boleh berkolaborasi, memahami budaya lain, berkomunikasi, berkemahiran dalam ICT dan mempunyai kemahiran untuk menjadi independent and life-long learners.

JENAMA DIPERCAYAI

i-learning-58
Pelancaran Rasmi Oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak

Terdapat pelbagai jenama pendidikan berasaskan ICT di pasaran yang mempunyai pelbagai ciri dan bentuk. Bagaimanapun, i-Learning adalah produk yang boleh dipercayai (trusted brand) dan telah terbukti menghasilkan ribuan pelajar cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM.

Produk ini merupakan household brand semenjak mula diperkenalkan pada 1999. Semenjak dilancarkan 18 tahun yang lepas, produk ini telah melalui banyak perubahan dan peningkatan supaya sesuai dengan silibus yang telah ditetapkan oleh KPM dan dalam masa yang sama peningkatan ini juga seiring dengan kemajuan teknologi yang berkembang dengan pantas.

DIBANGUNKAN OLEH PAKAR

dr-hanafi
Prof. Dr. Hanafi Atan dari USM mengetuai Pembangunan Produk i-Learning

I-Learning merupakan satu-satunya produk yang dibangunkan oleh pakar. Berbeza dengan kebanyakan produk di pasaran yang lain yang dibangunkan secara ad-hoc, pembangunan i-Learning diketuai oleh Prof. Dr. Hanafi Atan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang e-pembelajaran yang juga berkait dengan perkembangan pendidikan negara. Prof. Dr. Hanafi Atan sekarang ini merupakan pengerusi majlis e-pembelajaran IPTA (MEIPTA) Malaysia untuk tahun 2014-2016.

TESTIMONI

I-Learning mempunyai banyak testimoni daripada pelajar yang sudah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan baik di peringkat UPSR, PMR dan juga SPM.

testimoni-i-learning
Senarai Buku Testimoni Kecemerlangan Pelajar yang Dikeluarkan Saban Tahun

Pembelajaran Input

PEMBELAJARAN INPUT (NOTA MENARIK, RINGKAS & PADAT)

Melalui Pembelajaran Input, pelajar akan diberikan bahan pembelajaran yang meliputi semua subjek & silibus (berdasarkan pakej pilihan) yang merangkumi semua tingkatan untuk Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dan Sekolah Menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bahan pembelajarannya disesuaikan dengan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat gambar yang penuh warna, grafik dan ilustrasi yang disediakan dalam isi kandungan yang membuat pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

Bahan pembelajaran juga direka sesuai dengan prinsip instruksional dan prinsip-prinsip ini pula berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran terkini yang sedang digunapakai diseluruh dunia. Pautan juga disediakan dalam teks-teks yang akan membawa pelajar ke sumber-sumber lain yang tersedia di internet. Hal ini akan memberikan pelajar suatu perspektif yang berbeza dari bahan yang dipelajari.

i-learning-170
Nota-nota komprehensif yang ringkas, padat dan menarik

 

i-TEACHER AVATAR

ilearning-25
i-Teacher yang membantu pelajar

i-Teacher ialah avatar dengan penampilan manusia semulajadi yang memberikan maklum balas secara audio dan spontan kepada soalan teks yang diajukan oleh pelajar. Maklumbalas ini direka berdasarkan soalan yang biasa ditanyakan oleh pelajar dalam bilik darjah yang sebenarnya. Dengan cara ini, i-Teacher bertindak sebagai seorang guru virtual yang membolehkan pelajar merasai persekitaran pembelajaran yang sebenar dengan guru yang sentiasa hadir disisi mereka untuk membantu pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

 

.

POWERPOINT

i-learning-ppt
Power Point Presentation yang mudah difahami

Power point presentation disediakan sebagai penyampaian rumusan untuk topik yang dibincangkan dalam sesuatu bab tersebut. Persembahan ini memberikan pelajar pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi untuk mencapai objektif pembelajaran. Fungsinya adalah sama dengan penyampaian guru di dalam kelas. Berbeza dengan pengajaran di kelas konvensional, persembahan ini boleh diulang sebanyak yang mungkin sehingga pelajar betul-betul faham tentang konsep-konsep yang dipelajari.
Sebanyak 886 power point presentation disediakan dan secara purata setiap persembahan mengandungi sebanyak 10-15 “slides” dengan tempoh pembentangan antara 20 minit – 30 minit.

.

ANIMASI

ilearning-animation
Animasi yang boleh dikawal sendiri

Animasi dibangunkan khusus sebagai objek pembelajaran yang efektif untuk bahan mata pelajaran sains. Pelajar boleh berinteraksi dengan objek pembelajaran, melihat dan mengawal sesuatu proses yang berlaku dengan pelbagai parameter yang boleh dikawal sendiri oleh pelajar. Link juga disediakan untuk membawa pelajar ke objek pembelajaran yang lain yang telah dipilih sesuai untuk topik yang dibincangkan. Dengan cara ini, pelajar mendapat akses ke animasi tambahan untuk memperkukuhkan kefahaman mereka.

.

KUIZ

i-learning-quiz
Kuiz berdasarkan soalan-soalan terpilih

Kuiz disediakan sebagai self-assessment dengan maklum balas yang automatik. Ia mengandungi sejumlah besar soalan berserta skor dan maklum balas yang sesuai tentang cara bagaimana untuk mendapatkan penyelesaian. Maklum balas ini juga menonjolkan kesalahan yang sering dibuat oleh pelajar dan menyediakan mereka dengan panduan tentang cara untuk memperolehi penyelesaian yang betul dan tepat.

.

PEMBELAJARAN INTERAKTIF

ilearning-interactive
Pembelejaran interaktif merangsang minda pelajar

Untuk sesetengah mata pelajaran, terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berinteraktif disediakan. Ini termasuk aktiviti seperti “drag and drop”, “matching”,”word bank”, “flip book”, “hot spot ‘ dan lain-lain. Semua aktiviti ini memberikan pengalaman belajar yang baru kepada pelajar dan mampu meningkatka nkefahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.