Skip to main content

i-Learning.asia – Moden, Interaktif & Menyeronokkan

Melalui portal pembelajaran online i-Learning.asia (dahulunya ScoreA.com), potensi pelajar akan didedahkan dan digilap melalui konsep hebat Pembelajaran Output & Input yang meliputi 8 kandungan utamanya.

Pembelajaran Output & Input bertujuan untuk memberi persediaan rapi kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Skill dan strategi menjawab yang terbaik dalam masa yang mencukupi akan digilap kepada pelajar melalui kaedah ini. Dalam pada masa yang sama, sistem ini disediakan khas untuk ibubapa memantau aktiviti dan prestasi anak mereka pada bila-bila masa. Sistem ini telah terbukti berkesan kepada ramai pelajar yang berjaya merangkul keputusan yang cemerlang sebelum ini.

i-Learning.asia mengandungi 8 kandungan utama :-

  1. i-Topic
  2. i-Assessment
  3. i-Trial Exam
  4. i-Past Year
  5. i-Progress
  6. i-Report Card
  7. i-PT3
  8. i-Teacher (Pembelajaran Input)

 

i-TOPIC

bee-topici-Topik terdiri dari soalan-soalan objektif  yang dibangunkan  khusus dan sesuai dengan sesuatu topik. Ini bertujuan untuk menguji kefahaman para pelajar  terhadap bahan pembelajaran yang berkaitan dengan topik. Dalam masa yang sama, i-Topik juga untuk memberi  pengukuhan terhadap konsep-konsep di dalam topik tersebut melalui maklum balas dan skor yang disediakan. Bilangan soalan untuk i-Topik yang disediakan adalah menyeluruh dan amat mencukupi  untuk sesuatu topik.

Mengandungi soalan-soalan terpilih setiap topik. Sama seperti silibus di sekolah

 

i-ASSESSMENT
bee-assesmenti-Assessment terdiri dari soalan-soalan pilihan yang dirancang khusus untuk sesuatu mata pelajaran tertentu. Ini bertujuan untuk mengukur tahap pemahaman dan pengetahuan para pelajar dalam mata pelajaran tersebut dan yang membolehkan pelajar membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolah. Untuk setiap log-in, pelajar melihat rangkaian soalan yang berlainan yang diajukan kepada mereka. Pada i-Assesment ini, pelajar hanya boleh naik ke peringkat berikutnya jika mereka telah mencapai nilai 80% atau lebih tinggi. Dengan cara ini, pelajar akan dinilai secara teliti dan tepat bersesuaian dengan tahap pemahaman mereka. Dalam beberapa mata pelajaran, disediakan juga perbincangan tentang skema penyelesaian soalan tersebut.

Keputusan segera setelah selesai menjawab. Maklumat terperinci akan dipaparkan seperti markah, masa yang diambil dan soalan-soalan yang salah dijawab

i-TRIAL
iteacher-triali-Trial menyediakan pelbagai set model soalan yang menyerupai peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM yang sebenarnya. Format dan kualiti soalan ini seakan-akan serupa dengan peperiksaan sebenar. Dengan cara ini, pelajar memperoleh kepercayaan diri dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang di dalam peperiksaan.

Soalan peperiksaan sebenar dengan Countdown Timer(melatih pelajar menjawab dalam masa yang ditetapkan)

 

i-PAST YEAR
bee-past-yeari-Past Year terdiri dari soalan-soalan peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM dari tahun 1994-2014 (bergantung pada subjek). i-Past Year akan selalu diperbaharui setiap kali peperiksaan – peperiksaan ini selesai. Terdapat sebuah masa diberikan ketika pelajar memulai menjawab soalan di dalam i-Past Year. Dengan cara ini, pelajar akan dapat mendisiplinkan masa dan merasai situasi sebenar peperiksaan. Pengalaman ini amat berharga dalam persiapan mereka menghadapi peperiksaan sebenar.

Soalan persediaan untuk peperiksaan sebenar juga dengan Countdown Timer

i-PROGRESS
bee-progressi-Progress membolehkan ibubapa untuk memantau kemajuan pembelajaran anak mereka dari semasa ke semasa. Setelah log-in ke dalam sistem, ibubapa dapat melihat skor prestasi yang telah diperoleh ketika anak melakukan semua aktiviti dalam sistem pembelajaran output. Dari laporan prestasi anak-anak ini, ibubapa dapat melakukan intervensi yang diperlukan dalam meningkatkan kecemerlangan dan prestasi anak-anak dalam pembelajaran.

Ibubapa akan dapat keputusan terperinci anak mereka. Boleh kenalpasti kelemahan anak

i-REPORT CARD
bee-reporti-Report card adalah sistem laporan yang memberikan maklumat secara terperinci tentang semua kegiatan yang telah dilakukan anak mereka. Laporan ini termasuk skor dan tempoh waktu yang diperlukan oleh anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

 

Report Card terperinci yang terkini akan dapat dilihat pelajar & ibubapa pada bila-bila masa 24 jam sehari

 

i-Learning : 18 Tahun Pengalaman Melahirkan Pelajar Cemerlang

Apakah itu i-Learning?

Produk Pendidikan i-Learning adalah produk pendidikan yang paling terkemuka di Malaysia dalam membantu pelajar memperolehi semua ‘A’ di dalam peperiksaan. Produk ini bermula dengan Score A Program yang telah dibangunkan dan dipasarkan oleh Kenshido International Sdn Bhd pada tahun 1999.

Pada tahun 2010, Score A telah bergabung dengan produk i-Learning yang dibangunkan oleh Prof Dr Hanafi Atan daripada Universiti Sains Malaysia(USM) dan dipasarkan dengan jenama i-Learning. Produk ini menyediakan input learning (bahan dan aktiviti pembelajaran) dan output learning (aktiviti pengukuhan dan persiapan menghadapi peperiksaan) yang menggunakan teknologi ICT terkini. Semenjak berada di pasaran daripada tahun 1999, produk ini telah terbukti membantu menghasilkan ribuan pelajar memperolehi semua ‘A’ di dalam peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM.

FAQ

Frequently Asked Questions (FAQ)

 

1.Apa itu Skor A (i-Learning)?

i-Learning merupakan laman portal pembelajaran online terunggul di Malaysia yang di khaskan untuk murid & pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 & tingkatan 5. Ia mengandungi beribu bank soalan terpilih, nota interaktif, gambar rajah dan peta minda yang terbahagi kepada Input Learning (Pembelajaran Input) dan Output Learning (Pembelajaran Output).

 

1.Apa itu Input Learning?

Input learning ialah proses pembelajaran yang bertujuan untuk memperolehi maklumat/pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan dengan sesuatu topik. Pelbagai alat pembelajaran yang berasaskan ICT disediakan di dalam input learning yang bertujuan untuk memudahkan pelajar memperolehi dan memahami sesuatu maklumat/pengetahuan/kemahiran dengan  menjalankan aktiviti  yang disediakan. Pelajar  digalakkan untuk terlebih dahulu mempelajari topik di dalam Input Learning  sebelum mengikuti pembelajaran yang sama di sekolah. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memahami subjek yang dibincangkan oleh guru di sekolah dengan lebih berkesan.

 

2. Apakah Output Learning?

Output learning adalah satu proses pembelajaran yang menyediakan kemahiran kepada pelajar untuk memperolehi kecemerlangan dalam sebarang bentuk  ujian dan peperiksaan. Latih tubi yang disediakan menyerupai ujian atau peperiksaan sebenar  dan skor  yang disediakan di dalam sistem pula memberikan petunjuk tentang ketersediaan pelajar samada mereka sudah bersedia  untuk menghadapi peperiksaan atau sebaliknya.

 

3. Adakah silibus dalam i-Learning sama dengan silibus di sekolah?

Ya, silibus yang disediakan didalam i-Learning mematuhi silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Justeru, bahan yang diajar di sekolah disediakan juga di dalam i-Learning.

 

4. Adakah  anak saya memerlukan tuisyen lagi apabila sudah melanggan i-Learning?

Ibubapa tidak perlu lagi menghantar anak ke pusat tuisyen apabila sudah melanggan i-Learning. Bagaimanapun, ibubapa perlu melihat iReport Card untuk memantau aktiviti yang telah dijalankan oleh anak mereka.

 

5. Bagaimana ibubapa memantau aktiviti yang telah dilakukan oleh anaknya di dalam i-Learning?

i-Learning menyediakan i-Report Card yang membolehkan ibubapa memantau aktiviti dan juga pekembangan pembelajaran mereka.

 

6. Bagaimana Untuk Saya Mencuba Produk Demo?

  1. Pergi ke www.i-learning.asia
  2. Klik ‘Online Demo’
  3. Masukkan Demo ID
  4. Demo ID boleh diperolehi daripada pengedar. Hubungi 017-8395558 (Hotline Agent).

 

7. Bagaimana untuk saya mendaftar dan menggunakan produk i-Learning ini?

Pendaftaran amat mudah dan dilakukan secara Online sahaja. Cara-caranya :-

  1. Pilih mana-mana produk pilihan anda di sini
  2. Selepas Checkout, buat bayaran dan isikan maklumat yang diperlukan
  3. Link dan Activation Code akan di-emelkan kepada anda untuk mengaktifkan produk
  4. Anda sudah boleh belajar Online dengan i-learning

 

8. Apakah kaedah bayaran yang disediakan?

Bayaran boleh dibuat melalui Bank In, Internet Transfer, Kad Debit/Kredit & Paypal

 

9. Bolehkah saya mendaftar lebih dari seorang anak?

Boleh.

 

10. Berapa lamakah langganan minima? Bolehkah saya mendaftar kurang dari tempoh masa tersebut?

6 bulan. Tidak boleh.

 

11. Berapa lamakah langganan maksima? 

Tiada had.

 

12. Perlukah saya menunggu pada tarikh tertentu (hujung atau awal bulan) untuk mendaftar? 

Tidak perlu. i-Learning boleh didaftar pada bila-bila masa. Tiada ketetapan penggunaan kerana sekiranya anda mendaftar pada hari ini, tarikh luput anda akan dikira mulai hari ini juga sehingga 6 atau 12 bulan seterusnya mengikut pakej yang anda langgan.

 

13. Setelah tamat tempoh langganan tamat, bolehkah saya sambung penggunaan produk i-Learning?

Boleh, dengan syarat anda membeli topup di sini

 

14. Adakah saya boleh sambung menggunakan i-Learning ini sekiranya tidak topup?

Tidak boleh. Dan sekiranya anda tidak topup dalam masa setahun, akaun anda akan dilupuskan.

 

 

Anugerah Produk

2014 IIDEL. (2 gold, 5 silver, 3 bronze)
2014 (IIDEL) 10 Awards Winner Invention, Innovation & Design on e-Learningawards-04

ASIA YES BRAND 2012
i-Learning  telah memenangi anugerah Asia Yes Brand untuk tahun 2012

awards-01

Gold Medal 2011 LearnX Asia Pacific Exhibition (e-Learning & Training)
i-Learning telah memenangi pingat emas di dalam Pameran e-Pembelajaran dan Latihan Learn X Asia Pasifik 2011 yang diadakan di Brisbane, Australia.

awards-02

Silver Medal di International Technology Exhibition (ITEX) 2008
i-Learning turut memenagi Silver Medal di ITEX 2008  yang di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia

awards-03

Pembelajaran Input

PEMBELAJARAN INPUT (NOTA MENARIK, RINGKAS & PADAT)

Melalui Pembelajaran Input, pelajar akan diberikan bahan pembelajaran yang meliputi semua subjek & silibus (berdasarkan pakej pilihan) yang merangkumi semua tingkatan untuk Sekolah Rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dan Sekolah Menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bahan pembelajarannya disesuaikan dengan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat gambar yang penuh warna, grafik dan ilustrasi yang disediakan dalam isi kandungan yang membuat pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

Bahan pembelajaran juga direka sesuai dengan prinsip instruksional dan prinsip-prinsip ini pula berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran terkini yang sedang digunapakai diseluruh dunia. Pautan juga disediakan dalam teks-teks yang akan membawa pelajar ke sumber-sumber lain yang tersedia di internet. Hal ini akan memberikan pelajar suatu perspektif yang berbeza dari bahan yang dipelajari.

i-learning-170
Nota-nota komprehensif yang ringkas, padat dan menarik

 

i-TEACHER AVATAR

ilearning-25
i-Teacher yang membantu pelajar

i-Teacher ialah avatar dengan penampilan manusia semulajadi yang memberikan maklum balas secara audio dan spontan kepada soalan teks yang diajukan oleh pelajar. Maklumbalas ini direka berdasarkan soalan yang biasa ditanyakan oleh pelajar dalam bilik darjah yang sebenarnya. Dengan cara ini, i-Teacher bertindak sebagai seorang guru virtual yang membolehkan pelajar merasai persekitaran pembelajaran yang sebenar dengan guru yang sentiasa hadir disisi mereka untuk membantu pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

 

.

POWERPOINT

i-learning-ppt
Power Point Presentation yang mudah difahami

Power point presentation disediakan sebagai penyampaian rumusan untuk topik yang dibincangkan dalam sesuatu bab tersebut. Persembahan ini memberikan pelajar pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi untuk mencapai objektif pembelajaran. Fungsinya adalah sama dengan penyampaian guru di dalam kelas. Berbeza dengan pengajaran di kelas konvensional, persembahan ini boleh diulang sebanyak yang mungkin sehingga pelajar betul-betul faham tentang konsep-konsep yang dipelajari.
Sebanyak 886 power point presentation disediakan dan secara purata setiap persembahan mengandungi sebanyak 10-15 “slides” dengan tempoh pembentangan antara 20 minit – 30 minit.

.

ANIMASI

ilearning-animation
Animasi yang boleh dikawal sendiri

Animasi dibangunkan khusus sebagai objek pembelajaran yang efektif untuk bahan mata pelajaran sains. Pelajar boleh berinteraksi dengan objek pembelajaran, melihat dan mengawal sesuatu proses yang berlaku dengan pelbagai parameter yang boleh dikawal sendiri oleh pelajar. Link juga disediakan untuk membawa pelajar ke objek pembelajaran yang lain yang telah dipilih sesuai untuk topik yang dibincangkan. Dengan cara ini, pelajar mendapat akses ke animasi tambahan untuk memperkukuhkan kefahaman mereka.

.

KUIZ

i-learning-quiz
Kuiz berdasarkan soalan-soalan terpilih

Kuiz disediakan sebagai self-assessment dengan maklum balas yang automatik. Ia mengandungi sejumlah besar soalan berserta skor dan maklum balas yang sesuai tentang cara bagaimana untuk mendapatkan penyelesaian. Maklum balas ini juga menonjolkan kesalahan yang sering dibuat oleh pelajar dan menyediakan mereka dengan panduan tentang cara untuk memperolehi penyelesaian yang betul dan tepat.

.

PEMBELAJARAN INTERAKTIF

ilearning-interactive
Pembelejaran interaktif merangsang minda pelajar

Untuk sesetengah mata pelajaran, terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berinteraktif disediakan. Ini termasuk aktiviti seperti “drag and drop”, “matching”,”word bank”, “flip book”, “hot spot ‘ dan lain-lain. Semua aktiviti ini memberikan pengalaman belajar yang baru kepada pelajar dan mampu meningkatka nkefahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.

Testimoni

upsr1“i-Learning banyak membantu dan membimbing saya menuju kejayaan dan kecemerlangan. Dengan i-Learning, impian saya telah menjadi kenyataan. Terima kasih i-Learning”

Siti Sarah binti Rosli, UPSR 5A

 

 

upsr2“Saya gembira melihat perkembangan anak saya selepas menggunakan i-Learning. Ia juga membantu saya untuk memantau pembelajaran anak saya dari masa ke semasa.”

Ibu Siti Sarah, UPSR 5A

 

 

upsr3“I-Learning is a very good program. I really gain a lot. Before using i-Learning, I’ve scored 4A3B. After Using i-Learning, I improved a lot in my results. Finally, i Scored 7A in my UPSR examination”

Goh Yi Wei, UPSR 7A

 

 

upsr4“The i-Learning program is amazing. It enable my daughter to score 7A after using it for three months. Dear parents, hurry to sign up the program for your children”

Goh’s mom, UPSR 7A

 

 

upsr5“Fast, efficient, easy and interesting way to study”

Gunavarshini A/P Ganesan, UPSR 5A

 

 

 

upsr6“Simple and easy way to monitor my children progress and deliver result”

Gunavarshini’s Father, UPSR 5A

 

Silibus

MEMATUHI SILIBUS KPM
Bahan yang disediakan mematuhi silibus Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM). Bahan kandungan dibangunkan mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengikut tahun perlaksanaannya.

TAHAP PERSEKOLAHAN
Bahan yang disediakan merangkumi hampir semua jenis pendidikan sekolah di Malaysia seperti berikut:

Darjah 1 – Darjah 6:
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SRJK(C)
Tingkatan 1 – Tingkatan 3:
Sekolah Kebangsaan (Menengah Rendah)
Tingkatan 4 – Tingkatan 5:
Sekolah Kebangsaan (Menengah Atas)

 

Berikut merupakan senarai subjek yang diberikan :-

 

Pakej UPSR (Darjah 1 – Darjah 6)*

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Sejarah
  • Sains
  • Matematik
  • Sains (English)
  • Matematik (English)
  • Sains (Cina)
  • Matematik (Cina)

 

Pakej PT3 (Tingkatan 1 – Tingkatan 3)*

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Kemahiran hidup
  • Matematik (English)
  • Sains (English)

 

Pakej SPM (Tingkatan 4 – Tingkatan 5)*

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik (English)
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik Tambahan
  • Matematik Tambahan (English)
  • Fizik
  • Fizik (English)
  • Kimia
  • Kimia (English)
  • Biologi
  • Biologi (English)
  • Sains
  • Sains (English)
  • Prinsip Perakaunan
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Geografi

 

*Kandungan subjek adalah berbeza-beza bagi setiap features

 

NOTA PENTING!

Link pendaftaran darjah / tingkatan akan diberikan selepas membuat pembelian pakej

  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 1, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 1
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 2, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 1-2
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 3, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 1-3
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 4, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 4
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 5, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 4-5
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Darjah 6, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Darjah 4-6
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Tingkatan 1, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Tingkatan 1
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Tingkatan 2, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Tingkatan 1-2
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Tingkatan 3, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Tingkatan 1-3
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Tingkatan 4, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Tingkatan 4
  • Sekiranya anda mendaftar untuk Tingkatan 5, anda hanya akan dapat mengakses silibus untuk Tingkatan 4-5

 

NOTA TAMBAHAN!

  • Silibus akan auto update ke level seterusnya (contoh: dari Darjah 1 akan auto update ke Darjah 2) pada penghujung November setiap tahun.
  • Sebarang penambahan anak / silibus hanya perlu membuat pembelian Pakej Tambahan ID (Darjah 1 – Tingkatan 5) tanpa perlu membeli pakej baru.