Skip to main content

Bagaimana i-Learning Boleh Membantu Pelajar?

PELAJAR ABAD KE-21
Pelajar abad ke-21 mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Belajar dengan sendiri
  2. Bersosialisasi dengan pelbagai device/gadjet tanpa batasan masa dan ruang
  3. Berfikiran kritis
  4. Mampu mendapatkan pengetahuan dengan pantas
  5. Mudah beradaptasi
  6.  Effective collaborator

Produk pendidikan i-Learning sangat sesuai dengan ciri-ciri pelajar abad ke-21. Justeru pembelajaran akan menyeronokkan kerana alat pembelajaran amat sesuai dengan ciri-ciri mereka.

 

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Di samping kemahiran dalam bidang mata pelajaran dan akademik, para pelajar masa kini perlu mempunyai kemahiran abad ke-21. Kemahiran ini amat perlu bagi anak-anak kita berdepan dengan cabaran masa hadapan.

i-Learning melatih pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran ini. Alat-alat pembelajaran yang disedakan di dalam i-Learning memupuk kemahiran yang diperlukan seperti berfikiran kritis, kreatif, boleh berkolaborasi, memahami budaya lain, berkomunikasi, berkemahiran dalam ICT dan mempunyai kemahiran untuk menjadi independent and life-long learners.

JENAMA DIPERCAYAI

i-learning-58
Pelancaran Rasmi Oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak

Terdapat pelbagai jenama pendidikan berasaskan ICT di pasaran yang mempunyai pelbagai ciri dan bentuk. Bagaimanapun, i-Learning adalah produk yang boleh dipercayai (trusted brand) dan telah terbukti menghasilkan ribuan pelajar cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR(kini PT3) dan SPM.

Produk ini merupakan household brand semenjak mula diperkenalkan pada 1999. Semenjak dilancarkan 18 tahun yang lepas, produk ini telah melalui banyak perubahan dan peningkatan supaya sesuai dengan silibus yang telah ditetapkan oleh KPM dan dalam masa yang sama peningkatan ini juga seiring dengan kemajuan teknologi yang berkembang dengan pantas.

DIBANGUNKAN OLEH PAKAR

dr-hanafi
Prof. Dr. Hanafi Atan dari USM mengetuai Pembangunan Produk i-Learning

I-Learning merupakan satu-satunya produk yang dibangunkan oleh pakar. Berbeza dengan kebanyakan produk di pasaran yang lain yang dibangunkan secara ad-hoc, pembangunan i-Learning diketuai oleh Prof. Dr. Hanafi Atan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang e-pembelajaran yang juga berkait dengan perkembangan pendidikan negara. Prof. Dr. Hanafi Atan sekarang ini merupakan pengerusi majlis e-pembelajaran IPTA (MEIPTA) Malaysia untuk tahun 2014-2016.

TESTIMONI

I-Learning mempunyai banyak testimoni daripada pelajar yang sudah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan baik di peringkat UPSR, PMR dan juga SPM.

testimoni-i-learning
Senarai Buku Testimoni Kecemerlangan Pelajar yang Dikeluarkan Saban Tahun

i-Learning : Mematuhi Silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

MEMATUHI SILIBUS KPM

Bahan yang disediakan adalah untuk murid-murid daripada Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5. Bahan dan aktiviti pembelajaran mengikuti silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada peringkat awal, kandungan yang disediakan mematuhi silibus KBSR dan KBSM. Kini di samping silibus tersebut, bahan kandungan juga dibangunkan mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengikut tahun perlaksanaannya. Oleh sebab itu, pelajar mendapat kesempatan untuk mengakses bahan pembelajaran dan aktiviti dari kedua-dua silibus pembelajaran.

Untuk pengajaran Sains dan Matematik, silibus Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) kedua-duanya telah dimasukkan di dalam sistem.

 

TAHAP PERSEKOLAHAN

Bahan yang disediakan merangkumi hampir semua jenis pendidikan sekolah di Malaysia seperti berikut:

  • Darjah 1 – Darjah 6:
    Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SRJK(C)
  • Tingkatan 1 – Tingkatan 3:
    Sekolah Kebangsaan (Menengah Rendah)
  • Tingkatan 4 – Tingkatan 5:
    Sekolah Kebangsaan (Menengah Atas)

Maklumat Produk

Terdapat 2 Kandungan Utama i-Learning SKOR A


Komponen Utama i-Learning :-

  1. Pembelajaran Input (tekan untuk lebih lanjut)
  2. Pembelajaran Output (tekan untuk lebih lanjut)

Produk ini mempunyai dua komponen utama iaitu input learning and output learning. Setiap satu mempunyai pelbagai alat pembelajaran yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar.

Setiap komponen mempunyai pelbagai jenis alat-alat untuk membantu pelajar memahami subjek-subjek serta melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Untuk pembelajaran input, perkakasan yang disediakan adalah avatar , persembahan PowerPoint , kuiz , kandungan interaktif , animasi dan pautan kepada sumber-sumber luar.

Untuk pembelajaran output, alat-alat yang disediakan adalah i-Schema , i-Topic , i-Penilaian, i-TrialExam, i-PastYear , i-ReportCard dan i-Progress.

output-learning
Senarai kandungan pembelajaran Output

Produk Demo

Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri i-Learning, anda boleh klik pada pautan di bawah.

Whatsapp ‘DEMO‘ ke 017 839 5558 untuk kami berikan ID & Password

KLIK DISINI UNTUK DEMO PRODUK